BIODATA {LATAR BELAKANG} :-)

AKTIVITI & SUKAN HOBI & KEGEMARAN

LATAR BELAKANG

Dilahirkan di sebuah kampung dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada 17 Ogos 1976. Diberikan nama Zuhadi dan anak ke-5 daripada 6 orang adik-beradik. Pada usia 4 tahun, ayah telah meninggalkan kami kembali ke Rahmatullah. InsyaAllah arwah diletakkan dalam golongan orang-orang yang beramal soleh.Amin. Telah berpindah ke kampung halaman sekarang ketika beusia 6 tahun. Sempat bersekolah tadika beberapa bulan di kampung tempat kelahiran. Nama panggilan aku banyak...kat kampung orang panggil lain...waktu kat sekolah pun lain pulak nama aku...so....ikut suka member-member aku nak panggil nama mana satu yang mereka rasa sesuai....ha...ah...nama pada homepage aku ni bukannya nama gelaran aku pun....tapi adalah kisahnya....aku ada ceritakan kat dalam ruangan 'Hobi & Kegemaran' tu....korang bacalah kalau nak tau....tak nak tau tak yah baca tapi....alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan....he..he...

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Badak, Kelantan. Setelah itu meneruskan  persekolahan di  Sekolah Menengah Badak. Setelah    mendapat keputusan  SRP, melanjutkan pelajaran ke  Maktab Rendah Sains MARA, Perlis. Alhamdulillah mendapat keputusan yang memuaskan dalam SPM  dan mendapat  tawaran untuk mengikuti  kursus  persediaan ke Jepun. Kursus Bahasa Jepun di Japanese Matriculation  Center bertempat di  MARA Language Academy, Cheras selama 2  tahun. Setelah itu melanjutkan pelajaran  ke Jepun di bawah tajaan MARA . Memasuki alam pengajian di universiti pada bulan April, 1996 di Tokyo  Institute of Technology ( TIT ). Mengikuti kursus International Development Engineering dengan memfokuskan  pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda pada bulan Mac,2000. Sekarang masih  menuntut di TIT dengan mengambil jurusan yang sama dan InsyaAllah akan  menamatkan pengajian pada bulan Mac, 2002 ini.

@

@


@