Try a Free Practice Exam!

GAMBAR :-)

 Kat sini aku 'scan' kan gambar family aku, anak-anak saudara aku, member-member aku dan banyak lagi gambar-gambar waktu aku di Malaysia dan juga sewaktu aku belajar di Jepun. Nak tengok gambar lebih besar sikit 'click' pada gambar tu je. Dalam hompej aku ni jugak aku ada masukkan juga gambar tunang aku yang aku ceritakan dalam ruangan 'Hobi & Kegemaran' tu.

Gambar tunang aku..........oopppsssss....!!...cuma aku dengan tunang aku jer boleh masuk...sorry!!

 

PAGE 1

 

Ini gambar aku bersama dengan keluarga aku. Yang duduk atas kerusi kat belakang tu abang ipar aku. Yang aku riba  tu anak saudara aku. Nabila namanya... best kan nama tu.

Ini gambar anak-anak buah aku... semuanya masih kecil-kecil lagi... sorang je lelaki.. sebenarnya ada seorang lagi tapi tak datang lak rumah aku hari tu...yang pakai tudung tu emak aku yang tersayang...

 

 

Gambar ni waktu majlis pertunangan aku dengan Idda. Yang pakai baju hijau muda tu lah tunang aku..sorrylah dia paling belakang pulak....aku yang berkopiah putih tu...sapa lagi.... 

Ni aku dengan member paling baik aku waktu dia belajar kat USM Tronoh...dia PALAPES waktu tu...aku cuma pakai baju dia je...bukannya aku masuk PALAPES pun...buat suspen jer...

Gambar ni waktu aku kat Jepun..... kat tepi sungai Futakotama selepas buat BBQ... bergambar bersama-sama rakan-rakan aku kat sini..

Ni anak saudara aku...yang nama Nabila tu...anak sulung kepada kakak aku yang kedua....kat rumah aku kat Kelantan laa ni..

Gambar ni pun waktu kat Jepun...lepas kenyang makan BBQ kitaorang main sepaktakraw... selalunya kita orang main bola tapi kali tu main takraw lak..tukar angin..

Ni jugak waktu buat BBQ kat tepi sungai Futakotama.. biasanya kita buat BBQ bila sambut pelajar yang baru masuk univerisiti kami...

Kat Jepun kalau musim luruh cantik sangat-sangat... tengoklah dengan daunnya yang bertukar jadi kemerahan tu... hebat sungguh kekuasaan Tuhan 

Kat belakang kami tu lah Gunung Fuji yang menjadi kebanggaan rakyat Jepun ni.. waktu ni aku dengan  AJK Kelab UMNO Jepun waktu buat mesyuarat kat sana...saja ambil-ambil angin...boleh gak release tension....

       

Takleh undur lagi

Page 2