|
|||
BIODATA {AKTIVITI & SUKAN} :-) |
|||
@ | |||
| |||
AKTIVITI & SUKAN Salah seorang pemain hoki sekolah sewaktu belajar di sekolah rendah dulu. Tidaklah hebat sangat tapi bolehlah. Itulah satu-satunya sukan yang diceburi pada waktu itu kerana ketika itu aku cuma berbadan kecil, sekarang pun berbadan kecil lagi. Nak main sukan lain rasanya macam tak layak sebab tengok kawan-kawan aku waktu tu ramai yang berbadan besar. Kalau kira bukannya saiz badan yang dijadikan ukuran kan.....tapi tak tahulah kenapa waktu sekolah dulu tak banyak terlibat dengan sukan. Kalau main pun cuma main kat kampung je. Setelah menjejakkan kaki ke sekolah menengah ingat tu nak wakili sekolah dalam sukan hoki tapi malangnya pada waktu tu takde pulak sekolah aku tubuhkan pasukan hoki. Sedih betul. Tapi nak buat macammana. Terpaksalah aku bersukan untuk sihatkan badan je. Waktu tu aku ada seorang kawan...kawan baik aku le katakan. Kami suka sangat main badminton. Aku ni berbadan rendah je tapi main badminton kira teror lah jugak. Ada satu malam tu aku dengan kawan aku ni pergi main badminton. Balik dari main badminton tu kena tahan polis pulak sebab kawan aku ni manalah ada lesen memandu lagi. Motor yang kami tunggang pulak tu takde cukai jalan dan lampu depan waktu tu jugak tak menyala. Malang betul malam tu tapi kami bernasib baik kerana polis tu kenal ayah kawan aku tu. Nasib baik takde apa-apa. Kira kroni jugak tu. Manalah kami tau...waktu tu budak-budak lagi. Bermula daripada sekolah menengah juga aku minat main ping-pong. Meja ping-pong kami buat sendiri je....manalah ada duit nak beli meja yang harga beratus-ratus ringgit tu. Kira teror lah jugak. Setelah tu aku melangkah kaki melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains MARA, Perlis. Selama 2 tahun kat sana aku cuma melibatkan diri dalam sukan ping-pong je. Tapi takdelah sampai mewakili sekolah sebab ada yang lebih teror pulak daripada aku waktu tu. Tak apelah. Badminton pun aku main jugak waktu tu....sukan lain tak sangat....bolasepak cuma untuk keluarkan peluh je. Boleh dikatakan kalau sepak-sepak bola ni aku tak pandai waktu tu sehinggalah aku masuk Japanese Matriculation Center (JMC) kat Cheras pada tahun 1994. Bermula daripada situ aku melibatkan diri dengan serius dalam sukan bolasepak ni. Tak tahulah kenapa walaupun cuma berbadan kecil berbanding orang lain tapi semacam ada kekuatan pulak dalam diri aku ini mengajak aku untuk bermain bolasepak. Mungkin berpunca daripada minat tengok bolasepak rasanya. Boleh dikatakan setiap petang kami main bolasepak waktu tu....waktu tu aku kiranya mewakili JMC dalam pasukan bolasepak JMC ni. Seingat aku pernah pergi ke Trolak lawan bola dengan pasukan kat sana. Kami menang waktu tu tapi aku tak sempat main lama sangat pun....main sebagai pemain gantian je. Waktu tahun kedua kat JMC aku terus bermain bolasepak di samping sukan lain seperti sepaktakraw. Ping-pong memang aku tak tinggalkan...petang-petang kalau tak main bolasepak aku akan main ping-pong dengan kawan-kawan aku. Setelah datang ke Jepun pun aku tak tinggalkan bolasepak ni....Alhamdulillah kat universiti aku ni ramai jugak pelajar dari Malaysia. Adalah jugak yang main bolasepak walaupun lebih ramai yang tak main bolasepak waktu tu. Kiranya kami kat sini ada pasukan bolasepak sejak aku tahun pertama lagi. Setiap tahun kami masuk kejohanan bolasepak antara pelajar-pelajar Malaysia kat Jepun ni, pasukan kami ni pernah sekali menjohani kejohanan di sini pada tahun 1998. Sejak datang ke Jepun ni juga aku berjinak-jinak dengan sukan boling. Pada waktu tu ada seorang senior aku yang ajar aku main boling. Kiranya selalu jugak lah main....tapi setelah senior aku ni balik Malaysia dah takde lagi pelajar kat univesiti aku ni yang minat main boling. Terpaksalah aku main boling bila dah gian sangat nak main. Lupa lak nak bagitau aku ni kiranya minat acara lasak la jugak...setakat aku duk kat Jepun selama 5 tahun lebih ni aku dah 2 kali sampai ke puncak Gunung Fuji. Ingat nak naik lagi buat kali ketiga....tapi setiap kali tu jugak aku balik Malaysia untuk bercuti....tak tau laa bila pulak nak naik ni....kalau korang nak baca tentang pengalaman aku waktu panjat Gunung Fuji pada tahun 1998 dulu klik lah sini.....ni repot yang aku tulis waktu tu sebab waktu tu aku jadi ketua ekspedisi sebenarnya.... @ @ | |||
| |||
@ |