Make your own free website on Tripod.com

Pay for search

BIODATA {HOBI & KEGEMARAN} :-)

LATAR BELAKANG AKTIVITI & SUKAN

HOBI & KEGEMARAN

Nak kata aku ni ada kegemaran tetap tu takdelah....cuma untuk seronok-seronok je. Kalau sebelum datang Jepun dulu aku suka kumpul setem. Aku bukannya kumpul sorang-sorang tapi aku kumpul dengan kakak aku sekali...kiranya aku dengan kakak aku ni sama hobi la....Bila kat Jepun pulak aku masih kumpul setem juga, tapi aku lebih banyak kumpul kad telefon. kad keretapi dan ada lagi la beberapa jenis kad. Banyak jugak lah collection aku sekarang ni....seronok bila dapat tengok bermacam-macam jenis pemandangan, jenis-jenis keretapi, gambar burung dan kucing dan banyak lagi yang terdapat pada kad-kad yang aku kumpul tu. Mungkin ada orang kata hobi aku ni pelik sikit tapi aku rasa puas bila tengok kad-kad yang aku kumpul tu...ikut laa apa orang nak kat....kan..kan...kalau nak tengok tu klik sini....Di samping itu aku juga suka kumpul duit-duit dari negara lain...takdelah banyak sangat....setakat ni ada dalam 30 keping lebih je...dari 20 buah negara....kalau nak tengok sebahagian daripada koleksi aku tu klik sini.....

Di samping tu dulu-dulu....maksud aku dalam tahun 1999 aku suka main chat. Waktu tu aku kat lab aku, bosan takde apa nak buat....ngadap komputer net sufring jer kerja aku. Tiba-tiba je aku masuk Alamak.com....(emmm...tiba-tiba ke?....tak kisahlah)....sebenarnya ada seorang member aku yang ajar aku main chat waktu aku pergi jalan-jalan ke  tempat dia pada cuti musim panas 1998....lama juga tak masuk chat selepas tu...tiba-tiba je rasa nak main chat...Kiranya aku mula main chat ni dalam bulan Julai 1999.......waktu tu aku kalau main chat tak main chat kat public tapi 'nyelam' jer kerja....rasanya tak pernah tegur orang kat public kot....pulak tu biasalah kan aku kan 'single'  lagi waktu tu...biasalah...mesti tegur perempuan kan...aku tau sapa-sapa yang main chat mesti sama dengan aku gak...kan..kan...tak payah tipulah....dari situ dapatlah kenal dengan beberapa orang kat dalam tu....tapi sekarang ni semuanya dah lost contact.....

Ha..ah...aku ada satu cerita ni...emm...nak cerita ke tak ni...korang nak tau tak?oklah..oklah...aku cerita...janganlah kecil hati lak....ok..aku cerita ni....Dalam pada aku main chat tu ada lah aku tegur seorang perempuan ni....macam biasalah pertama kali nak kenal seseorang tu tanyalah dia punya nama, asal mana, dah kerja ke belum.....dan macam-macam lagi soalan lah yang patut ditanya....Selidik punya selidik aku dapat tahu dia ni asal sama negeri dengan aku....muda setahun dari aku lak tu...masih belajar lagi waktu tu...kat USM....Aku waktu tu dengan dia kira biasalah...kawan aje...tapi lama-kelamaan....(emm...lama ke?)...dua minggu lepas tu aku rasa macam dah mula suka kat dia ni....aku berterus-teranglah sebab aku ni jenis suka straight to the point.....lagipun sebelum tu aku dah tau pasal dia dan dia pun dah tau pasal aku ni....ye lah maksud aku kami ni waktu tu masing-masing belum ada special lagi...Mula-mula tu memang laa dia tak terima aku betul-betul lagi...biasalah perempuan ni kan bukannya senang nak terima seseorang dalam hidupnya....Aku tak tahu nak buat macammana waktu tu....aku rasa dah suka sangat kat dia ni...So...aku buat keputusan walau macammana sekalipun dalam masa terdekat tu aku kena juga jumpa dia....nak bersemuka dengan dia...nak bagitau yang aku suka kat dia...So...aku ambil keputusan balik Malaysia semata-mata untuk jumpa dengan dia ni...Waktu tu baru nak masuk 2 bulan aku kenal dia ni...apa nak jadi jadilah....janji aku dapat luahkan perasaan aku kat dia secara bersemuka....aku baliklah...elok waktu tu dia balik kampung bercuti....dan aku jumpalah dengan dia...Alhamdulillah dia dapat terima aku...dan dipendekkan cerita 10 bulan selepas  kami jumpa tu iaitu pada 21 Julai 2000 kami selamat ditunangkan.....sampai sekarang kami masih dalam pertunangan....InsyaAllah kami rancang untuk kahwin tahun depan selepas aku tamat belajar kat Jepun ni....korang doa-doakanlah kebahagiaan kami yep....itu saja cerita aku pasal perkenalan aku dengan tunang aku ni....sorry korang takleh tengok gambar tunang aku ni.....mana boleh tunjuk wehh...mestilah lawa....orang Kelantan le katakan......jangan jeles aaa.....

Selepas aku datang balik ke Jepun aku kurang aktif main chat selama lebih kurang 2 bulan. Tapi selepas tu sekitar bulan puasa 1999 aku semakin aktif....ye lah...waktu siang hari aku kat universiti sibuk dengan eksperimen aku...nak release tension aku mainlah chat...Aku kembali dengan imej baru...kali ni aku tak lagi 'nyelam' tapi aku chat kat public...tujuan aku nak cari member-member yang boleh dijadikan geng untuk berborak-borak...kiranya tiap-tiap malam sampai ke pagi aku main chat waktu tu...kat dalam tu aku kenallah dengan 4 orang...masing-masing waktu tu guna nama samaran Dugong, Laman, MitEvo dan Bartender. Kiranya kami geng kamceng lah....kalau ada kami berempat ni riuh rendahlah Alamak tu....ha..ah...lupa lak nak bagitau waktu aku guna nama samaran NAKATA...sebab aku minat pemain bolasepak Jepun tu...lagipun aku sendiri pun suka main bola....sekarang ni salah seorang daripada geng aku telah menghilangkan diri ke Singapura.....dia kerja kat Singapura sebenarnya...kiranya dah lost contact mamat tu...sekarang ni aku dan 3 orang lagi tu masih berhubung melalui email...dan kalau aku balik Malaysia dan aku ada masa aku akan pergi jumpa diaoarang....

Lupa lagi nak bagitau....STRINGER ni pun juga adalah salah satu nama samaran yang aku pakai waktu main chat kat Alamak...nama ni timbul dalam fikiran aku untuk menggantikan nakata.....aku rasa ramai orang dah kenal aku waktu aku aktif  ber'chat' dengan nama samaran nakata tu....aku tak mahu glamer lebih-lebih sangat jadi aku tukarlah nama samaran aku daripada nakata ke stringer....dan banyak lagi nick-nick aku yang lain....sekarang ni aku dah tak masuk Alamak lagi....sebab geng-geng aku yang tu dah tak masuk Alamak...semua dah sibuk dengan kerja masing-masing...takpe...walaupun kami tak berjumpa dalam Alamak kami tetap berkawan baik....bukan senang nak cari kawan yang betul-betul boleh dibuat kawan dalam internet ni....

@

        .......bersambung lain kali lah pulak yep....kalau aku ada cerita aku taip lagi.....

@

@

LATAR BELAKANG AKTIVITI & SUKAN

@