Nonprofit jobs

BIODATA

LATAR BELAKANG

Dilahirkan di sebuah kampung dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada 17 Ogos 1976. Diberikan nama Zuhadi dan anak ke-5 daripada 6 orang adik-beradik. Pada usia 4 tahun, ayah telah meninggalkan kami kembali ke Rahmatullah. InsyaAllah arwah diletakkan dalam golongan orang-orang yang beramal soleh.Amin. Telah berpindah ke kampung halaman sekarang ketika beusia 6 tahun. Sempat bersekolah tadika beberapa bulan di kampung tempat kelahiran. Nama panggilan aku banyak...kat kampung orang panggil lain...waktu kat sekolah pun lain pulak nama aku...so....ikut suka member-member aku nak panggil nama mana satu yang mereka rasa sesuai....ha...ah...nama pada homepage aku ni bukannya nama gelaran aku pun....tapi adalah kisahnya....aku ada ceritakan kat bawah ni....korang bacalah kalau nak tau....kalau tak rajin nak baca semua scroll jer.....tapi kalau boleh tu bacalah sampai habis...kan..kan....alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan kan....he..he...

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Badak, Kelantan. Setelah itu meneruskan  persekolahan di  Sekolah Menengah Badak. Setelah    mendapat keputusan  SRP, melanjutkan pelajaran ke  Maktab Rendah Sains MARA, Perlis. Alhamdulillah mendapat keputusan yang memuaskan dalam SPM  dan mendapat  tawaran untuk mengikuti  kursus  persediaan ke Jepun. Kursus Bahasa Jepun di Japanese Matriculation  Center bertempat di  MARA Language Academy, Cheras selama 2  tahun. Setelah itu melanjutkan pelajaran  ke Jepun di bawah tajaan MARA . Memasuki alam pengajian di universiti pada bulan April, 1996 di Tokyo  Institute of Technology ( TIT ). Mengikuti kursus International Development Engineering dengan memfokuskan  pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia. Menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda pada bulan Mac,2000. Sekarang masih  menuntut di TIT dengan mengambil jurusan yang sama dan InsyaAllah akan  menamatkan pengajian pada bulan Mac, 2002 ini.

@

AKTIVITI & SUKAN

Salah seorang pemain hoki sekolah sewaktu belajar di sekolah rendah dulu. Tidaklah hebat sangat tapi bolehlah. Itulah satu-satunya sukan yang diceburi pada waktu itu kerana ketika itu aku cuma berbadan kecil, sekarang pun berbadan kecil lagi. Nak main sukan lain rasanya macam tak layak sebab tengok kawan-kawan aku waktu tu ramai yang berbadan besar. Kalau kira bukannya saiz badan yang dijadikan ukuran kan.....tapi tak tahulah kenapa waktu sekolah dulu tak banyak terlibat dengan sukan. Kalau main pun cuma main kat kampung je. Setelah menjejakkan kaki ke sekolah menengah ingat tu nak wakili sekolah dalam sukan hoki tapi malangnya pada waktu tu takde pulak sekolah aku tubuhkan pasukan hoki. Sedih betul. Tapi nak buat macammana. Terpaksalah aku bersukan untuk sihatkan badan je. Waktu tu aku ada seorang kawan...kawan baik aku le katakan. Kami suka sangat main badminton. Aku ni berbadan rendah je tapi main badminton kira teror lah jugak. Ada satu malam tu aku dengan kawan aku ni pergi main badminton. Balik dari main badminton tu kena tahan polis pulak sebab kawan aku ni manalah ada lesen memandu lagi. Motor yang kami tunggang pulak tu takde cukai jalan dan lampu depan waktu tu jugak tak menyala. Malang betul malam tu tapi kami bernasib baik kerana polis tu kenal ayah kawan aku tu. Nasib baik takde apa-apa. Kira kroni jugak tu. Manalah kami tau...waktu tu budak-budak lagi.

Bermula daripada sekolah menengah juga aku minat main ping-pong. Meja ping-pong kami buat sendiri je....manalah ada duit nak beli meja yang harga beratus-ratus ringgit tu. Kira teror lah jugak. 

Setelah tu aku melangkah kaki melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains MARA, Perlis. Selama 2 tahun kat sana aku cuma melibatkan diri dalam sukan ping-pong je. Tapi takdelah sampai mewakili sekolah sebab ada yang lebih teror pulak daripada aku waktu tu. Tak apelah. Badminton pun aku main jugak waktu tu....sukan lain tak sangat....bolasepak cuma untuk keluarkan peluh je. Boleh dikatakan kalau sepak-sepak bola ni aku tak pandai waktu tu sehinggalah aku masuk Japanese Matriculation Center (JMC) kat Cheras pada tahun 1994. Bermula daripada situ aku melibatkan diri dengan serius dalam sukan bolasepak ni. Tak tahulah kenapa walaupun cuma berbadan kecil berbanding orang lain tapi semacam ada kekuatan pulak dalam diri aku ini mengajak aku untuk bermain bolasepak. Mungkin berpunca daripada minat tengok bolasepak rasanya. Boleh dikatakan setiap petang kami main bolasepak waktu tu....waktu tu aku kiranya mewakili JMC dalam pasukan bolasepak JMC ni. Seingat aku pernah pergi ke Trolak lawan bola dengan pasukan kat sana. Kami menang waktu tu tapi aku tak sempat main lama sangat pun....main sebagai pemain gantian je. Waktu tahun kedua kat JMC aku terus bermain bolasepak di samping sukan lain seperti sepaktakraw. Ping-pong memang aku tak tinggalkan...petang-petang kalau tak main bolasepak aku akan main ping-pong dengan kawan-kawan aku.

Setelah datang ke Jepun pun aku tak tinggalkan bolasepak ni....Alhamdulillah kat universiti aku ni ramai jugak pelajar dari Malaysia. Adalah jugak yang main bolasepak walaupun lebih ramai yang tak main bolasepak waktu tu. Kiranya kami kat sini ada pasukan bolasepak sejak aku tahun pertama lagi. Setiap tahun kami masuk kejohanan bolasepak antara pelajar-pelajar Malaysia kat Jepun ni, pasukan kami ni pernah sekali menjohani kejohanan di sini pada tahun 1998. 

Sejak datang ke Jepun ni juga aku berjinak-jinak dengan sukan boling. Pada waktu tu ada seorang senior aku yang ajar aku main boling. Kiranya selalu jugak lah main....tapi setelah senior aku ni balik Malaysia dah takde lagi pelajar kat univesiti aku ni yang minat main boling. Terpaksalah aku main boling bila dah gian sangat nak main.

Lupa lak nak bagitau aku ni kiranya minat acara lasak la jugak...setakat aku duk kat Jepun selama 5 tahun lebih ni aku dah 2 kali sampai ke puncak Gunung Fuji. Ingat nak naik lagi buat kali ketiga....tapi setiap kali tu jugak aku balik Malaysia untuk bercuti....tak tau laa bila pulak nak naik ni....kalau korang nak baca tentang pengalaman aku waktu panjat Gunung Fuji pada tahun 1998 dulu tekan lah sini.....ni repot yang aku tulis waktu tu sebab waktu tu aku jadi ketua ekspedisi sebenarnya....

@

@

HOBI & KEGEMARAN

Nak kata aku ni ada kegemaran tetap tu takdelah....cuma untuk seronok-seronok je. Kalau sebelum datang Jepun dulu aku suka kumpul setem. Aku bukannya kumpul sorang-sorang tapi aku kumpul dengan kakak aku sekali...kiranya aku dengan kakak aku ni sama hobi la....Bila kat Jepun pulak aku masih kumpul setem juga, tapi aku lebih banyak kumpul kad telefon. kad keretapi dan ada lagi la beberapa jenis kad. Banyak jugak lah collection aku sekarang ni....seronok bila dapat tengok bermacam-macam jenis pemandangan, jenis-jenis keretapi, gambar burung dan kucing dan banyak lagi yang terdapat pada kad-kad yang aku kumpul tu. Mungkin ada orang kata hobi aku ni pelik sikit tapi aku rasa puas bila tengok kad-kad yang aku kumpul tu...ikut laa apa orang nak kat....kan..kan...kalau nak tengok tu tekanlaa sini....Di samping itu aku juga suka kumpul duit-duit dari negara lain...takdelah banyak sangat....setakat ni ada dalam 30 keping lebih je...dari 18 buah negara....kalau nak tengok sebahagian daripada koleksi aku tu tekanlah sini.....

Di samping tu dulu-dulu....maksud aku dalam tahun 1999 aku suka main chat. Waktu tu aku kat lab aku, bosan takde apa nak buat....ngadap komputer net sufring jer kerja aku. Tiba-tiba je aku masuk Alamak.com....(emmm...tiba-tiba ke?....tak kisahlah)....sebenarnya ada seorang member aku yang ajar aku main chat waktu aku pergi jalan-jalan ke  tempat dia pada cuti musim panas 1998....lama juga tak masuk chat selepas tu...tiba-tiba je rasa nak main chat...Kiranya aku mula main chat ni dalam bulan Julai 1999.......waktu tu aku kalau main chat tak main chat kat public tapi 'nyelam' jer kerja....rasanya tak pernah tegur orang kat public kot....pulak tu biasalah kan aku kan 'single'  lagi waktu tu...biasalah...mesti tegur perempuan kan...aku tau sapa-sapa yang main chat mesti sama dengan aku gak...kan..kan...tak payah tipulah....dari situ dapatlah kenal dengan beberapa orang kat dalam tu....tapi sekarang ni semuanya dah lost contact.....

Ha..ah...aku ada satu cerita ni...emm...nak cerita ke tak ni...korang nak tau tak?oklah..oklah...aku cerita...janganlah kecil hati lak....ok..aku cerita ni....Dalam pada aku main chat tu ada lah aku tegur seorang perempuan ni....macam biasalah pertama kali nak kenal seseorang tu tanyalah dia punya nama, asal mana, dah kerja ke belum.....dan macam-macam lagi soalan lah yang patut ditanya....Selidik punya selidik aku dapat tahu dia ni asal sama negeri dengan aku....muda setahun dari aku lak tu...masih belajar lagi waktu tu...kat USM....Aku waktu tu dengan dia kira biasalah...kawan aje...tapi lama-kelamaan....(emm...lama ke?)...dua minggu lepas tu aku rasa macam dah mula suka kat dia ni....aku berterus-teranglah sebab aku ni jenis suka straight to the point.....lagipun sebelum tu aku dah tau pasal dia dan dia pun dah tau pasal aku ni....ye lah maksud aku kami ni waktu tu masing-masing belum ada special lagi...Mula-mula tu memang laa dia tak terima aku betul-betul lagi...biasalah perempuan ni kan bukannya senang nak terima seseorang dalam hidupnya....Aku tak tahu nak buat macammana waktu tu....aku rasa dah suka sangat kat dia ni...So...aku buat keputusan walau macammana sekalipun dalam masa terdekat tu aku kena juga jumpa dia....nak bersemuka dengan dia...nak bagitau yang aku suka kat dia...So...aku ambil keputusan balik Malaysia semata-mata untuk jumpa dengan dia ni...Waktu tu baru nak masuk 2 bulan aku kenal dia ni...apa nak jadi jadilah....janji aku dapat luahkan perasaan aku kat dia secara bersemuka....aku baliklah...elok waktu tu dia balik kampung bercuti....dan aku jumpalah dengan dia...Alhamdulillah dia dapat terima aku...dan dipendekkan cerita 10 bulan selepas  kami jumpa tu iaitu pada 21 Julai 2000 kami selamat ditunangkan.....sampai sekarang kami masih dalam pertunangan....InsyaAllah kami rancang untuk kahwin tahun depan selepas aku tamat belajar kat Jepun ni....korang doa-doakanlah kebahagiaan kami yep....itu saja cerita aku pasal perkenalan aku dengan tunang aku ni....sorry korang takleh tengok gambar tunang aku ni.....mana boleh tunjuk wehh...mestilah lawa....orang Kelantan le katakan......jangan jeles aaa.....

Selepas aku datang balik ke Jepun aku kurang aktif main chat selama lebih kurang 2 bulan. Tapi selepas tu sekitar bulan puasa 1999 aku semakin aktif....ye lah...waktu siang hari aku kat universiti sibuk dengan eksperimen aku...nak release tension aku mainlah chat...Aku kembali dengan imej baru...kali ni aku tak lagi 'nyelam' tapi aku chat kat public...tujuan aku nak cari member-member yang boleh dijadikan geng untuk berborak-borak...kiranya tiap-tiap malam sampai ke pagi aku main chat waktu tu...kat dalam tu aku kenallah dengan 4 orang...masing-masing waktu tu guna nama samaran Dugong, Laman, MitEvo dan Bartender. Kiranya kami geng kamceng lah....kalau ada kami berempat ni riuh rendahlah Alamak tu....ha..ah...lupa lak nak bagitau waktu aku guna nama samaran NAKATA...sebab aku minat pemain bolasepak Jepun tu...lagipun aku sendiri pun suka main bola....sekarang ni salah seorang daripada geng aku telah menghilangkan diri ke Singapura.....dia kerja kat Singapura sebenarnya...kiranya dah lost contact mamat tu...sekarang ni aku dan 3 orang lagi tu masih berhubung melalui email...dan kalau aku balik Malaysia dan aku ada masa aku akan pergi jumpa diaoarang....

Lupa lagi nak bagitau....STRINGER ni pun juga adalah salah satu nama samaran yang aku pakai waktu main chat kat Alamak...nama ni timbul dalam fikiran aku untuk menggantikan nakata.....aku rasa ramai orang dah kenal aku waktu aku aktif  ber'chat' dengan nama samaran nakata tu....aku tak mahu glamer lebih-lebih sangat jadi aku tukarlah nama samaran aku daripada nakata ke stringer....dan banyak lagi nick-nick aku yang lain....sekarang ni aku dah tak masuk Alamak lagi....sebab geng-geng aku yang tu dah tak masuk Alamak...semua dah sibuk dengan kerja masing-masing...takpe...walaupun kami tak berjumpa dalam Alamak kami tetap berkawan baik....bukan senang nak cari kawan yang betul-betul boleh dibuat kawan dalam internet ni....

@

        .......bersambung lain kali lah pulak yep....kalau aku ada cerita aku taip lagi.....

..

@